Kleenzy Cecair Pencuci Botol Susu Dan Puting Susu Terbaik

Adik, mana adik letak botol susu yang adik minum tadi? adik letak kat mana?
Itulah pertanyan yang akan keluar dari mulut ibu selepas beberapa minit  menyerahkan botol susu pada si manja.  Walaupun hakikatnya ibu tahu yang soalannya itu hanya akan tinggal soalan 😁. kesudahannya, ibu sendiri yang kena mencari.

Biasanya situasi ini akan berlaku apabila si manja sudah pandai memegang botol susu sendiri tanpa bantuan orang sekelilingnya. Persoalannya kenapa ibu beriya tanya anak. Kat mana botol susu yang dah digunakan itu berada? Sebabnya, bila dibiarkan lama botol susu yang digunakan itu akan menyebabkan kerak melekat pada puting susu tersebut. Lebih-lebih lagi bagi anak yang menyusu susu ibu.


Hanya ibu yang pernah mengalaminya sahaja yang merasai dan mengatahuinya. Bagaimana perasaan semasa membasuh dan menyental botol susu dan puting susu yang ada kerak. Bukan senang nak hilangkan kerak susu tersebut 😂. Guna bermacam-macam jenis pencuci pun belum tentu boleh menanggalakan semua kerak susu yang melekat.

Kerak susu yang dibiarkan lama-lama akan jadi bahaya kepada bayi kerana sistem imum bayi masih lemah dan akan menyebabkab bayi mudah terkena pelbagai penyakit, boleh menyebabkan asma, alahan , gusi, lidah dan tekak bayi akan terasa sakit.


Risau kesan kerak susu pada pada, ramai ibu yang memilih untuk kerap menukar puting susu. Apabila melihat kerak susu pada puting bayi semakin menebal.

Alhamdulillah, menyedari pentingnya menjaga kebersihan botol susu dan puting susu, Tasneem Naturel telah mengeluarkan Kleenzy . kleenzy adalah cecair pencuci botol susu yang menggunakan ekstrak sireh sebagai bahan utama yang bertindak sebagai agen pembersih. ia jugak tidak mengandungi paraben dan SLS yang berbahaya untuk bayi. Kleenzy ini 100 % berasaskan tumbuhan.


Minyak kelapa sawit yang terdapat dalam Kleenzy dapat mencairkan kerak susu dengan mudah kerana bahan neutral dalam minyak saling bertindak balas. Dengan menggunakan Kleenzy, ibu tidak perlu lagi merendam botol susu dan puting susu berjam-jam  untuk membersihkannya. Yang menarik, Kleenzy juga sahaja boleh digunakan untuk memcuci peralatan menyusu, tetapi boleh digunakan sebagai pencuci buahan dan sayuran.


Cara menggunakannya hanya picitkan cecair kleenzy pada span, berus atau puting susu. kemudian  berus secara lembut untuk mengeluarkan kerak susu. Kemudian bersihkan dengan menggunakan air. Atau anda boleh rendamkan peralatan menyusu termasuk botol dan puting botol di dalam besen menggunakan Kleenzy dan biarkan seketika sebelum membersihkannya menggunakan air.




Ini adalah pengalaman pengguna yang telah menggunakan Kleenzy untuk mencuci puting susu anak mereka. Tengok kerak susu hilang dan berkilat seperti baru beli. Tak payah lagi ibu membeli puting baru dan tukar kerap seperti sebelum ni. Jimatkan ?

Ini pula adalah pengalaman ibu yang menggunakan cecair Kleezy untuk mencui buahan. 



Untuk mendapatkan cecair pencuci botol susu dan puting susu Kleenzy untuk si manja. boleh klik DISINI

Comments