6 Persediaan Sebelum Menghantar Anak Ke Taska

Lagi sebulan dah nak hantar anak ke taska. Barang- barang keperluan dan kelengkapan anak dah boleh beli sikit-sikit. Agak-agak awak apa lagi yang perlu buat ea?

Inilah selalu yang keluar dari mulut seorang ibu kepada bapa. Perasaan gelisah, takut dan risau sering bermain di fikiran ibubapa apabila anda bakal menyerahkan anak kesayangan anda kepada orang yang tidak ada pertalian saudara dengan anda buat pertama kalinya.

Macam-macam perkara yang anda akan fikirkan. Ini adalah perasaan normal seorang ibubapa apabila menghadapi perkara yang sedemikian. jangan risau. Bekalkan persediaan yang secukupnya sebelum menghantar anak ke taska atau rumah pengasuh. In shaa Allah, Allah akan permudahkan urusan kalian semua.


Bagi melancarkan segala proses penghantaran anak ke taska atau rumah pengasuh, ibubapa kena tahu beberapa teknik terlebih dahulu sebelum menghantar terus anak ke taska atau rumah pengasuh supaya tidak berlaku kejutan kepada anak. Antara persedian yang perlu dilakukan oleh ibubaba adalah:

Biasakan anak berjumpa dengan orang lain selain daripada ahli keluarga.

Tujuan kita membawa anak berjumpa dengan orang lain supaya dia menjadi biasa dan tidak takut apabila berjumpa atau berhadapan dengan orang yang tidak dikenali. Ibubapa boleh membawa anak pergi ke taman permainan bagi dia bermain dan berkawan dengan orang lain yang sebaya dengannya.


Tinggalkan anak dengan orang lain

Anda boleh cuba tinggalkan anak dengan orang lain seperti suami, nenek atau saudara mara untuk tempoh masa tertentu secara berkala. Mulakan dengan tempoh masa 30 minit, 1 jam dan seterusnya. Dengan membuat seperti ini, anak dapat belajar bahawa ibunya akan datang semula walaupun mereka ditinggalkan.


Bawa anak melihat taska.

Kenalakan anak kepada persekitaran taska yang mereka akan ditingglakan sementara ibubapanya pergi bekerja. minta izin terlebih dahulu dengan pengurus taska sebelum membawa anak masuk ke dalam untuk memberi "feel"  kepada anak supaya rasa selesa apabila ditinggalkan kelak.

Bekalkan barang kesayangan anak.

Barang kesayangan anak seperti bantal busuk, selimut, mainan dan apa sahaja barang kesayangan anak perlu dibawa bersama semasa menghantara anak ke taska supaya tidak berlaku agenda mencari barang hilang sepanjamg berada di taska.


Ucap selamat tinggal.

Semasa menghantar anak ke taska ibubapa perlu pandai menggunakan ayat sebelum beredar meninggalkan anak bersama pengasuh. Elakkan menggunakan perkataan 'tinggalkan '. Perkataan 'tinggal' akan membuatkan anak menjadi takut.  Ibubapa juga diingatkan jangan berdiri atau duduk lama di hadapan pintu taskar semasa menghantar anak untuk mengelakan berlaku drama air mata antara anak dengan ibu.

Jangan berpatah balik.

Antara kesilapan besar ibubapa adalah dengan berpatah balik ke taska kerana tidak sampai hati apabila melihat anak menangis, menjerit, meraung dan mengamuk di hadapa taska. Waktu ini, pendirian ibubapa kena tetap dan konsistent dengan keputusan ibubapa iaitu menghantar anak ke taska.


Seandainya ibubapa berpatah balik ke taska, ia akan menjadi lebih rumit buat anak dan pengasuh. Akan timbul satu perkara dalam fikiran anak-anak "dengan meraung, menjerit dan mengamuk. Ibubapanya akan datang kepadanya". Perkara inilah yang akan dilakukan oleh anak setiaap kali ibu bapanya menghantarnya ke taska.  Walaupun sedih, jangan sesekali menangis di hadapan anak dan berpatah balik ke taska. cukuplah sekadar melambai tangan sambil tersenyum.

Dengan melakukan persediaan yang secukupnya untuk anak dan ibubapa sebelum menghantar anak ke taska atau rumah pengasuh., In shaa Allah ia akan memudahkan proses ibubapa menghantar anak ke taska untuk hari pertama. Semoga Allah menjaga dan mempermudahkana segala urusan menghantar anak ke taska dan tadika. Ameen.

Comments