Bagi ibubapa yang pertama kali menghantar anak ke taska atau tadika, boleh cuba menggunakan tips ini sebelum menghantar anak-anak ke taskayang menjadi pilihan ibu masing-masing.
1) TASKA YANG BERDAFTAR
Pastikan taska yang akan dipilih adalah berdaftar dengan Jabatan Kemajukan Masyarakat supaya sekiranya berlaku perkara yang kurang memuaskan, ibubapa oleh membawa kes tersebut ke jabatan seandainya kes tersebut tidak dilayan oleh pengusaha taska tersebut. Senarai lengkap taska yang berdaftar boleh dirujuk di laman web Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
2) DAPATKAN MAKLUMAT
Sebelum menghantar anak ke taska. Ibubapa digalakan pergi ke tadika tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak. Dapatkan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan taska melalui carian google, jiran tetangga dan beberapa orang penduduk di kawasan tersebut berkaitan dengan taska.
3) MEMBUAT LAWATAN DAN TINJAUAN
Sebelum membuat keputusan menghantar anak ke tempat tersebut. Ibubapa digalakan membuat lawatan secara mengejut untuk taska tersebut untuk mengetahui sendiri bagaimana suasana dan keadaan di taska. Jangan lupa dapatkan nombor telefon pengurus taska untuk memudahkkan ibubapa menghubunginya kemudian..
4) BILANGAN PENGASUH DAN ANAK ASUHAN
Nisbah pengasuh dan anak asuhan di pusat asuhan juga perlu diambil perhatian oleh ibubapa sekiranya bilangan pengasuh dengan anak asuhan tidak bersesuaian, berkemungkinan besar anak kita akan kurang mendapat perhatian daripada pengasuh tersebut.
5) PERGAULAN DAN DIDKAN AGAMA
Pergaulan anak-anak di taska bukan sahaja melibatkan pergaulan tetapi melibatkan bab aurat anak-anak itu sendiri Ibubapa perlu pastikan :
- Adakah pergaulan anak berlainan jantina sentiasa dikawal atau tiada batasan?
- Adakah aurat anak akan terjaga apabila berada di sana?
- Bagaimana pula dengan tempat mandi, salin pakaina dan tempat tidur anak lelaki dan perempuan? Adakah ia diasingkan?
- Adakah waktu solat anak-anak dipaksa atau diminta bersolat atau dibiarkan begitu sahaja
- Adakah anak-anak akan diajar mengaji atau membaca alquran di sana?
Mungkin terdapat segelintir ibubapa yang mengabaikan perkara ini merana beranggapan bahawa anak mereka masih kecil dan tidak tahu. Namun, kita diingatkan bahawa semasa mereka kecillah kita perlu tegas dan menitikberatkan mereka dengan perkara yang betul agar pergaulan mereka sentiasa terpelihara.
6) SOLAT ISTIKHARAH DAN SOLAT HAJAT
Dalam membuat sesuatu perkara berkaitan dengan membuat pilihan, kita digalakan membuat solat istiqarah dan solat hajat terlebih dahulu. berdoa dan pohon lah bantuan daripada Allah S.W.T agar kita tidak tersalah dalam membuat pilihan. Semoga anak kita sentiasa berada dalam lindungan dan ramat dari Allah S.W.T walau di mana mereka berada. ameen
Comments
Post a Comment