nasi kuning ayam bali meletop


Hari ini terkena dek sampok kalinya. Tetiba terrajin la pulak hari ni nak masak special sikit dari hari yang sebelum ni kan. Maka terhasillah menu nasi kuning ayam bali meletop untuk keluarga



NASI KUNING AYAM BALI MELETOP





Bahan-bahannya :







4 cawan beras
*1 labu bwg besar
*3 ulas bwg putih
(bahan bertanda * dihiris halus)
1 inci halia - diketuk
3 helai daun pandan - disimpul
sedikit bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
1 sb majerin
sedikit minyak masak
air secukupnya
garam
pewarna kuning

Cara membuat nasi kuning

1-    Panaskan kuali, masukkan majerin dan minyak masak. Goreng bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang. Kemudian, masukkan bahan yangg dihiris, halia, daun pandan dan goreng sehingga layu dan kekuningan. Tutup api.





2-    Masukkan beras dan air yg secukupnya ke dalam rice cooker. Tuang bahan tumisan tadi.
3-    Masukkan sedikit garam, pewarna kuning. Masak seperti biasa. Siap.

     









resepi Ayam Bali



Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam
4 batang serai - ketuk
3 tangkai daun kari
*2 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
(bhn bertanda * diblender)
1 senduk kecil cili kisar
kicap manis secukupnya
gula & garam secukup rasa


Cara- caranya


1-    Lumur ayam dgn kunyit & garam. Goreng sehingga masak. Jgn terlalu garing nanti kurang sedap. Ketepikan




2-    Panaskan kuali, masukkan serai dan goreng sehingga keperangan. Kemudian, masukkan daun kari. Goreng sehingga sedikit garing.




3-     Masukkan cili kisar, kacau & tunggu sampai pecah minyak. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar. Gaul sebati dan tunggu sehingga pecah minyak.




4-     Masukkan kicap, sampai bertukar kepada warna maroon, letak gula dan garam secukup rasa.

5-     Masukkan ayam goreng tadi dan gaul mesra.


6-    Sebagai hiasan. Anda boleh taburkan bawang yg dihiris bulat dan tomato. Siap.

Selamat mencuba
























Comments