Fakta:
Tahukah anda apabila minyak pati disapu ke atas kulit, dalam
masa 2 minit ia akan ditemui dalam aliran darah. Setelah hampir 20 minit setiap
sel diseluruh badan akan mendapat manfaat daripada minyak pati tersebut.
Minyak pati terdiri daripada wap ringan dan mempunyai
molekul-molekul yang sangat halus. Oleh sebab itu, ia mampu meresap ke dalam
kulit dengan cepat dan seterusnya merangsang sistem limbik.
Sebenarnya terdapat banyak cara
kita boleh guna essntial oil dalam kehidupan kita seharian. Antaranya adalah
Dilute
Disebabkan Essential oil adalah 100% pati minyak, jadi kita
tak perlu guna banyak kerana dia pekat sangat. Kebiasaaanya Essential oil ini
Dilute menggguna Carrier oil seperti yang terdapat dalam produk Tasneem
Naturel. Carrier oil diperlukan semasa Dilute kerana Carrier oil membantu
penyerapan Essential Oil lebih banyak kedalam kulit dan melindungi kulit dari
alergI & sensetif. Oleh itu, cukup hanya sapuan nipis sahaja kerana ia
mudah meresap dalam kulit terutamanya bahagian pergelangan tangan(nadi). tapak
kaki dan belakang telinga. Biasanya Essential oil yang Dilute terdapat dalam
bentuk balm seperti balm keluaran Tasneem Naturel.
Neat / Undiluted
Neat / Undilute
bermaksud 100% minyak pati yang tidak dicampur dengan mana-mana minyak sebelum
menggunakannya. Biasanya, essential oil yang undiluted digunakan menggunakan
kaedah vitaflex. Vitaflex bermaksud vital through reflexiology point.
Teknik vitaflex adalah teknik yang menggunakan jari, dimana
jari ini akan mengaktifkan titik reflex dengan menggunakan minyak pati /
essential oil.
Apabila hujung jari bertembung dengan dengan point saraf
yang diinginkan, cas elektrik akan terhasil. Cas inilah yang akan merangsang
sistem saraf dan seterusnya memberi kesan kesembuhan. Caranya hanya, letakkan
minyak pati ditapak kaki mengikut titik-titik yang bermasalah dan lakukan
teknik vitaflex. Tapak kaki kita adalah tempat di mana terletaknya titik-titik
refleksiologi. Minyak pati atau essential oil pula bersifat ringan dan terdiri
dari molekul-molekul yang halus. Jadi, bila ia diletakkan pada titik yang tepat
dan dilakukan dengan kaedah yang betul, kesan kesembuhan akan dapat dilihat
dengan cepat.
Inhale
Menggunakan essential oil dengan cara menghidu atau mencium
bau essential oil itu secara lansung dari botol essential oil. Anda jugak boleh
titiskan 1 drop kat tapak tangan. Kemudian gosok kedua tapak tangan. Selepas
itu, rapatkan tapak tangan ke hidung dan sedut dalam-dalam bau essential oil
tu.
Diffuse / Wap
Satu lagi cra menggunakan essential oil dalam kehidupan kita
adalah dengan cara Diffuse atau di wapkan. Diffuser merupakan alat yang
digunakan untuk mendiffuse EO di udara. Diffuser digunakan untuk banyak tujuan
seperti untuk rileksasi, menghilangkan bau dan bakteri di udara, melegakan
pernafasan, mengusir serangga, meningkatkan konsentrasi/ Ia bergantung kepada EO yang kita gunakan.
Proses menghirup wap yang terhasil daripada minyak essential adalah untuk mendapatkan manfaat daripada sifat-sifat essential tersebut. Aroma yang
terhasil daripada wap boleh menyihatkan tubuh, minda, dan semangat anda. kita boleh menggunakan aromaterapi dengan hanya menghirup/menghidu minyak secara
terus dengan menggunakan diffuser untuk menyebarkan wap di seluruh bilik.
Diharap, dengan penerangan ringkas ini, kita dapat memahami
serba sedikit, bagaimana minyak pati atau essential oil dapat membantu dalam
memberikan kesembuhan. Ia adalah salah satu pilihan alternatif kepada cara
menyembuhkan masalah-masalah kesihatan yang semakin hari semakin meningkat
peratusnya.
Comments
Post a Comment