Kita sebagai ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Lebih-lebih
lagi apabila ada bayi kecil dalam keluarga. Segala-galanya nak lengkap
termasuk set mandian untuk bayi.
Hari ini,
dalam pasaran, terdapat banyak lambakan produk set mandian untuk anak kecil. Namun
terfikirkan di minda ibubapa, adakah lambakan set mandian tersebut itu selamat
dan tidak berbahaya kepada anak kecil untuk masa akan datang ?
![]() |
berhati-hati semasa memilih produk bayi untuk kesejahteaan bayi anda. |
Semasa membuat pilihan
untuk membeli produk kelengkapan penjagaan bayi, ibubapa haruslah teliti dan
mengenalpasti terlebih dahulu, produk yang kita belikan untuk anak bebas
daripada 6 bahan kimia yang berbahaya. Antaranya adalah :
1- bebas daripada bahan Paraben.
![]() |
bebas daripada Paraben |
Paraben adalah bahan pengawet yang berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat
sesuatau produk. Paraben berbahaya kepada bayi kerana ia boleh mengganggu
sistem endokrin yang berkait rapat dengan hormon badan. Di mana ia boleh
menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan kemandulan.
2- Bebas daripada Triclosan.
![]() |
Periksa setiap bahan yang terdapat dalam produk bayi sebelum membeli. |
Triclosan bertindak sebagai bahan pembunuh bakteria. Biasanya kita jumpa
label ini dalam produk barangan penjagaan diri. Triclosan bukan sahaja berisiko
untuk mengganggu hormon dalam badantetapi boleh menyebabkan iritasi dan kulit menjadi
kering.
Dalam badan kita terdapat sistem imuniti dan bati harus membina daya
tahan imuniti mereka sendiri. Jika ibu menggunakan produk yang mengandungi
triclosan kepada si manja, dikuatiri akan membunuh bakteria baik di sekeliling
bayi dan menyebabkan kurangnya pendedahan kepada bakteria burukdalam proses
meningkatkan sistem imun badan.
3- Talc ( Talkum)
![]() |
talkum salah satu punca yang menyebabkan anak menjadi sukar untuk bernafas |
Talkum ialah serbuk mineral yang ditambah dalam bedak bayi yang bertindak
sebagai agen pengeringan. Apabila mineral
dari talc ditabur atau diletakkan pada pada bayi, ada yang akan mengewap dan ada
yang terserap. Bahagian yang terserat itu yang mendatangkan bahaya kepada bayi.
Penggunaan talc akan menyebabkan risiko kanser ovari, mengeringkan selapuk
lender, kesukaran bernafas dan punca berlakunya pheunomia kerana terlalu banyak
menghidu bedak dan boleh menyebabkan ia masuk ke dalam paru-paru bayi.
4- Mineral oil.
Mineral oil bertindak seperti plastik wrap yang menghalang dan mengganggu proses kulit berpeluh.. minyak
bayi pada asanya diperbuat daripada minyak mineral yang dicampur dengan pewangi
(Fragrance). Bahan ini bertindak menyelaputi permukaan kulit bayi yang akan
menghalang pembungan melalui kulit. Hal ini kan menyebabkan toksin berkumpkul
dalam badan dan boleh membawa kesan buruk untuk jangka masa panjang.
5- Propylene Glycol
Propylene Glycol merupakan bahan kimia yang bertindak membuka ruang roma
supaya menyerap bahan kimia lain masuk ked alam tubuh badan bayi yang berisiko
menyebabkan iritasi kulit. Kebanyakkan bahan ini dugunakan dalam baby wipes (tisu
basah).
6- Fragrance.
Kita semua suka bila cium bayi. Bayi berbau wangi. Namun kita lupa,
wangian itu akan membawa kesan mudarat kepada bayi. Di mana wangian berkait rapat dengan alergi, iritasi kulit
dan ekzima.
Kesan penggunaan fragrance yang berpanjangan juga akan menyebabkan
berlakunya masalah perbafasan, saraf dan kecederaan mata. Terdapat kajian
menyatakan pengguanaan fragrance juga boleh menyebabkan bayi diserang penyakit
asma.
walaupun terdapat banyak produk bayi yang terdapat dipasaran sehingga kadangakala mengaburi
mata ibu. Namun ibu haruslah bijak dalam membuat pilihan semasa membeli produk bayi yang bebas daripada bahan kimia, supaya tidak mendatangkan kesan yang buruk kepadasi manja.
Semua pilihan di tangan ibu. semoga ibu dapat membuat pilihan yang terbaik buat si manja
Comments
Post a Comment