Apabila usia anak memasuki umur 7 bulan, ibu mula excited
dan rancang macam-macam nak buat menu
untuk bagi anak makan. Macam-macam resepi nak dicuba untuk si manja. Namun, ramai ibu yang terlupa dan tak sedar
bahawa terdapat sesetengah jenis makanan yang boleh menjadi punca anak
sembelit.
Kita sendiri pun takut, fobia dan sakit apabila sembelit.
Apatah lagi anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Memang kasihan bila melihat
anak kecil menangis, meraung-raung, meneran sampai berdarah dan berendam air
mata setiap kali nak membuang.
Oleh itu, ibu perlu berwaspada dan berhati-hati setiap kali
menyediakan makanan kepada anak kecil bagi mengelakkan berlakunya sembelit. Antara makanan yang
boleh menyebabkan sembelit adalah seperti :
Nasi Putih / Bubur
Nasi putih juga boleh menyebabkan sembelit kepada sesetengah
anak kecil, terutamanya bagi anak kecil yang baru mula makan berpanding dengan
beras perang.
Roti Putih.
Gluten adalah protein yang terdapat pada makanan bergandum
seperti roti, biskut dan kek. Sesetangah anak kecil, mereka sensitif terhadap
gluten akan mengalami sembelit selepas memakannya.
Minuman Manis.
Apabila anak semakain membesar, mereka lebih cenderung suka
minuman manis berbanding dengan air masak. contohnya minuman coklat, air kotak
atau air bergas. Semua makanan ini tinggi kandungan gula dan boleh menjadi
punca kepada masalah pencernaan.
Susu dan Produk Tenusu.
Sesetengah bayi kecil yang baru bertukar kepada susu formula
akan mengalami sembelit. sesetengah
daripada mereka sensitif terhadap produk tenusu seperti susu UHT, yogurt, keju
dan susu formula.
Sepertima yang berlaku kepada anak saya apabila bertukar
dari susu ibu kepada susu formula. anak saya mengalami sembelit yang teruk
sehinggakan terpaksa saya menggunakan pelbagai alternatif seperti menggunakan
Trub untuk merawat sembelit selain daripada menukarkan susu formula daripada
satu brand kepada brand yang lain.
Pisang.
Ramai ibu beranggapan dengan memakan buah pisang boleh
mengatasi sembelit dengan melawaskan pembuangan anak-anak. Sebenarnya tanggapan
itu adalah salah. pisang merupakan salah satu buah yang boleh menyebabkan anak
anda sembelit. jadi ibu perlu memberi
kepada anak dengan kuantiti yang kecil untuk melihat keserasian buah tersebut
dengan bayi anda.
Biskut / Makanan Bayi Segera.
Biskut, makanan Jejeri yang segera dan bubur memang cepat
dan mudah untuk disediakan kepada anak kecil. Hanya perlu tambahkan air suam
atau susu suam sahaja sudah boleh diberi makan kepada anak kecil. namun, perlu
diingatkan. Makanan seperti ini cenderung mempunyai kandungan gula yang
tinggi dan boleh menjadi punca anak sembelit.
Kenapa Penting 4 Day Rule Bagi Bayi
Bagi bayi yang baru
pertam kali makan, ibubapa perlu menggunakan 4 days rule setiap kali
memperkenalkan makanan baru kepada si kecil. Dimana ibu perlu menyediakan
makanan tersebut selama 4 hari berturut-turut kepada si kecil. Tujuan 4 days
rule ini dilakukan untuk memudahkan ibu mengenalpasti keserasian dan mengesan
jenis makanan yang boleh memberi alergik atau mendatangkan kemudaratan kepada
si kecil.
Bagaimana Anda boleh Merawatnya?
1- Pastikan anak kecil minum air kosong secukupnya setiap
hari
2- Membiasakan anak dengan pengambilan buah-buahan serta
sayuran.
3- Cuba beralih beras putih kepada brown rice atau sumber
karbohidrat daripada jenis wholegrain.
4- Cuba gerakkan kaki bayi seperti kayuhan basikal Ini akan
membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
5-Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab
sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran
6- sapu balm trub pada perut dan betis bayi sambil membuat
urutan I LOVE U. Trub boleh membantu atasi anak sembelit dan melancarkan pembuangan najis anak.
7- Anda perlu membawa si kecil berjumpa doktor sekiranya
berlarutan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Comments
Post a Comment