Kehadiran orang baru dalam keluarga merupakan memori terindah dalam hidup setiap pasangan yang sudah berumah tangga. Namun, dalam masa yang sama ia akan menjadi kerisauan kepada ibubapa apabila si kecil terkena ruam.
Rum panas atau gatal berbintik kecil dan merah merupakan perkara biasa berlaku kepada anak kecil yang boleh menyebabkan anak kecil gatal dan tidak selesa. kebiasaannya ruam gatal atau panas akan berlaku di leher,muka, atas belakang, perut, celah kelengkang atau di celah-celah pelipat.
Jenis Ruam
1- Ruam Lampin
 |
Ruam Lampin |
Ruam lampin ialah sejenis ruam yang biasa berlaku kepada bayi disebabkan oleh pendedahan yang berpanjangan kepada najis dan air kecing. Selain daripda najis dan air kecing, jenis lampin pakai buang yang digunakan oleh ibubapa juga boleh menyebabkan berlaku ruam. Ruam lampin terjadi di sekitar punggung atau celah kelengkang bayi.
2- Ruam Panas (miliaria)
 |
Ruam Panas |
Kebiasaannya ruam panas berlaku semasa cuaca panas atau musim panas. Di mana pakaian bayi dipakaikan dengan pakaian yang tebal dan tidak bersesuaian. Biasanya ruam ini terjadi di bahagian leher, belakang, perut, apdoman dan ketiak bayi.
3-Jerawat Neonatal
 |
Jerawat Neonatal |
Jerawat kecil berwarna putih atau merah yang tumbuh di pipi, hidung dan dahi bayi ketika dilahirkan atau dalam lingkungan sebulan selepas dilahirkan Jerawat ini adalah kesan hormon yang dipindahkan daripada ibu pada akhir kehamilan.
4- Hand, Food and Mouth Disease (HFMD)
 |
Hand, Food and Mouth Disease (HFMD) |
Kebiasaanya HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut ini akan menyebabkna seseorang itu demam, sakit tekak, kurang selera makan dan badan tidak selesa. Bintik - bintik merah akan keluar di bahagian mulut dan akan pecah menjadi seriawan. kemuadia barulah bintik tersebut akan timbul dipermukaan tapak tangan dan kaki.
5- Ruam Susu
 |
Ruam susu |
Ruam ini kelihatan seperti ruam merah pada bahagian dagu, pipi atau hidung bayi. Ruam susu biasanya disebabkan oleh tindakbalas alahan terhadap susu formula atau hormon yang terdapat dalam susu ibu.
Ruam ini juga boleh terjadi jika susu tersebut dibiarkan kering pada muka bayi dan tidak dilap dengan bersih. kulit anak yang sentiasa basah dengan air liur dengan kain serta bahan kimia seperti minyak wangi juga akan menyebabkan ruam susu.
Ibubapa boleh menggunakan krim
balm skeenz untuk merawat masalah ruam anak. Balm ini diperbuat daripada bahan natural dan bebas bahan kimia berbahaya seperti
SLS, SLES dan
Steroid yang boleh menipiskan kulit dan kulit bayi akan menjadi lebih sensitif.
 |
balm skeenz merawat masalah ruam |
Comments
Post a Comment