7 Langkah Mudah Merawat Selsema Bayi Tanpa Ubat


Bayi dan anak kecil mudah diserang selsema dan batuk berbanding dengan orang dewasa. Ini kerana antibodi bayi belum kuat dan tidak sekuat antibodi orang dewasa. Kebiasaanya doktor tidak bekalkan ubat kepada bayi, melainkan ia berlarutan.

bayi selsema



Untuk mengelakkan masalah kesihatan lain yang timbul, para ibubapa akan berusaha untuk merawat bayi daripada selsema yang berterusan selagi usaha itu tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.


Menurut pengalaman  puan Najwa Hamid. Setiap kali anaknya diserang selsema, beliau akan menggunakan kaedah stim bawang putik.
Prosuder penyedutan wap atau steam inhalation adalah bertujuan untuk mencairkan  hingus dan kahak. Bayi yang berusia bawah 2 tahun tidak pandai menghembus atau membuang lendir yang melekat dalam hidung atau saluran pernafasan. Jika kita lakukan kaedah ini, ia dapat membantu bayi mengeluarkan hingus dan kahak degan lebih cepat

Antara langkah –langkah membuat stim bawang putih.

1-Sediakan air panas dalam besen.

 Isikan separuh sahaja air panas di dalam besen tersebut.

2-Masukan bawang putih.

Masukan bawang putih yang telah ditumbuk ke dalam  besen yang telah diisi dengn air panas tadi. Tunggu seketika, bau bawang putih akan keluar.

Air Panas Yang Mengandungi Bawang Putih

3-Posisi bayi.

Ambil bayi dan letakkan posisi bayi seperti  dalam gambar di bawah. Jarakkan muka bayi dengan  besen lebih kurang 12 inci. Pastikan kita rasai dahulu wap tersebut dengan muka kita sendiri untuk memastikan tahap kepanasan wap tersebut. Sekiranya wap tersebut terlalu panas, tunggu  sehingga  airnya sejuk sedikit . bayi perlu dibedung terlebih dahulu untuk memudahkan kita memegang bayi semasa proses dilakukan.

posisi keadaan bayi semasa proses dijalankan


5-Tepuk belakang bayi secara perlahan-lahan.

Belakang bayi perlu ditepuk semasa proses melakukan stim bawag putih sambil muka bayi menghadap kearah wap tersebut. Bentukkan tapak tangan  secara  cupping seperti  gambar di bawah. Lakuakn beberapa minit nsehingga wap stim tu berkurang.


bentuk cupping

6-Gunakan alat penyedut hingus.

Ibubapa boleh menggunakan sterimer dan penyedut hingus. Sterimer ini sebenarnya adalah air garam bukan ubat. Kita semburkan  sterimer pada hidung bayi untuk membersihkan hingus yang yerdapat dalam hidung bayi. Penyedut hingus boleh diperolehi di farmasi samaada yang menual  atau elektrik. Bergantung kepada keselesaan ibubapa.

sterimer dan penyedut hingus


7- Sapu minyak atau balm.

Ibu disarankan menyapu minyak atau balm sebelum melakukan proses stim dan selepas mandikan bayi. Ibu boleh menggunakan balm Cf rub pada bayi sebelum dan selepas melakukan wap tersebut.  Sapukan balm tersebut dibahagian ubun-ubun, batang hidung, dada, belakang badan, tapak kaki dan betis bayi.  In shaa allah, selsema bayi akan berkurang dan cepat hilang.

balm selsema 


Namun, ibubapa perlu diingatkan. Sekiranya selsema anak berlarutan dan berpanjangan, ibu perlu segera membawa anak-anak ke klinik untuk berjumpa dengan doktor.

Semoga anak-anak kita diberikan kesembuhan oleh Allah s.w.t

Comments