Potty Training atau cerai lampin adalah perkara paling penting apabila usia
anak semakin meningkat. Sesetengah ibu mula mengajar anak untuk bebas lampin
pada usia anak 2 tahun.
Saya sendiri mula mengajar anak untuk bebas lampin
pada usia 2 tahun 11 bulan 29 hari, mengambil masa selama 1 minggu untuk
melatih anak.
Antara cara yang saya lakukan untuk melatih anak untuk bebas lampin
1- Pastikan lantai rumah kita clear.
mulakan latihan untuk bebaskan lampin anak. Maksudnya, tiada karpet dilantai dan sofa yang lembut. Jadikan tempat tersebut sebagai tempat larangan sekejap. Dah clear semua, baru boleh mula.2- Kenalkan anak dengan tandas terlebih dahulu.
Biasanya saya cakap dekat anak
jom kakak, pergi mandi dekat toilet, kakak duk diam-diam yer, umi nk gi tandas jap. Nak kencing.setiap kali nak pergi tandas. Saya akan cakap. Secara tidak langsung, anak akan tahu apa kegunaan tandas dan waktu bila kita nak pergi tandas.
3- Bagitahu
apa fungsi tandas tersebut.
Contohnya
nak mandi dekat bahagian mana. Nak membuang dekat bahagian mana. Setiap kali
anak membuang saya akan menunjukkan cara membersihkannya selepas membuang. Saya
akan tunjukkan langkah demi langkah bermula dari buka pili air sampai tutup
semula pili air, sambil mulut bercakap menerangkan. Lepas itu saya akan minta
anak untuk buat balik apa yang telah saya ajarkan
4- Ajar anak dengan perkataan atau panggilan yang senang untuk dia ingat.
Disebabkan anak saya sudah betah bercakap dan tak pelat.
Saya guna perkataan baku terus. Saya bagitahu dia,kalau kakak nak kencing cakap
" umi nak kencing". Sama jugak kalau nak berak, cakap " umi nak
berak". Tapi kalau anak-anak yang tak pandai bercakap lagi boleh guna
perkataan "nak wiwi" dan "nak poo poo". Mana- mana perkataan pun
tak kisah. Janji anak faham apa yang dia sebutkan tu.
5- Kerapkan Bawa anak ke tandas.
Untuk permulaan, kerapkan bawa anak ke tandas. 10 minit
sekali ke. Macam saya, untuk hari pertama, saya akan bawa anak pergi tandas, 15
minit sekali. Hari kedua 30 mint sekali dan hari ketiga dan seterusnya 1 jam
sekali. Saya akan kunci jam untuk ingatkan saya bawa anak ke tandas. Selain itu
jugak, saya akan kerap bertanyakan anak samaada dia nak kencing atau tak. di sini kesabaran dan ketenangan para ibu sangat-sangat diperlukan untuk menjayakan misi tersebut. Ibu boleh cuba menggunakan balm Calmtime untuk memberi ketenangan kepada ibu
![]() |
6- Mulakan dengan waktu siang terlebih dahulu baru diikuti dengan waktu malam.
Kita boleh mulakan pada
anak waktu siang terlebih dahulu. Apabila anak sudah pandai, kita boleh beralih waktu malam pula. Tapi saya latih anak, dua- dua turus. Siang dan malam. Waktu malam, sebelum tidur saya akam minta
anak untuk kencing terlebih dahulu sebelum tidur dan saya akan kejutkan anak
pukul 3 atau 4 pagi untuk bawa ke tandas supaya dia tidak terbabas atas tilam.
Tilam
pula saya letak "protection" kat bawah cadar. Tak nak ambil risiko
angkat tilam kekabu,basub dan jemur. Bila saya kejutkan dia pukul 7 pagi, saya
akan minta dia pergi tandas sebaik dia duduk bersila atas tilam.
7- Bagi ganjaran.
Bahagian ni sangat penting unruk naikkan semangat dan
beri galakan pada anak. Ganjaran tidak semestinya barang yang mahal. Saya
sendiri pun bagi ganjaran pada anak apabila dia lulus dengan jayanya. Saya bawa
dia pergi kedai RM2 (ECO). Saya bagi je dia pilih sendiri satu barang, apa yang
dia nak. Dia pilih " JAM TANGAN".
alhamdulillah, dalam masa satu minggu, anak saya bebas lampin pakai buang. untuk menjayakan misi ini, kerjasama daripada suami dan ahli keluarga yang lain dalam keluarga amat diperlukan sepanjang "program bebas lampin " di jalankan.
Sepanjang 1 minggu ajar toilet training hanya 2x
je dia terbabas.. semuanya gara-gara umi nak berjalan dan umi malas nk angkat
masa dia tengah tidur.
Semoga tips ni boleh jadi panduan buat ibu-ibu kat luar nak
melatih anak untuk bebas lampin pakai buang..
Comments
Post a Comment